Hasif Hamsyari aktif dalam ko-akademik sewaktu di sekolah rendahnya. Pelbagai pertandingan telah beliau sertai dan rata-ratanya membuahkan kejayaan membanggakan sehingga beliau diberikan gelaran Tokoh Murid di sekolahnya pada tahun 2007.
Setakat ini, beliau telah berjaya mengumpul lebih 100 sijil dan menggenggam hampir 30 plak dan sijil.
Antara anugerah/pencapaian/kejayaan terbesar yang telah diterima beliau ialah:
1) Penerima Hadiah Galakan Penulis Remaja di Anugerah Sastera Negeri Melaka 2009 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
1) Penerima Hadiah Galakan Penulis Remaja di Anugerah Sastera Negeri Melaka 2009 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
2) Tokoh Murid 2007 SK Kampong Gelam, Melaka
3) Anugerah Tokoh Pembaca Peringkat Negeri Melaka 2006 (Naib Johan) dan 2007 (Ketiga) anjuran Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) dan Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM.)
4) Salah seorang kontinjen Melaka menyertai Program Khemah Membaca Kebangsaan 2007 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Teknologi Pendidikan
5) Naib Johan Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Negeri Melaka sempena Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2007 anjuran Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia (Johan di peringkat kawasan)
6) Anugerah Khas Tokoh Pembaca Program NILAM Peringkat Pusat Kegiatan Guru 5 (PKG5, Kampong Gelam) 2006 anjuran Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka
7) Pernah bercerita di MelakaFM mengisi Program Slot Bercerita anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka dan Radio MelakaFM di konti MelakaFM pada 2 Jun 2007
8) Ditemuramah dan bercerita di MelakaFM pada tahun 2005
9) Johan Nazam Peringkat Negeri Melaka Sempena Sambutan Maulidurrasul 1428Hijrah
10) Pernah membuat persembahan nyanyian solo di Malacca International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh Melaka pada tahun 2005
Hasif Hamsyari juga aktif dalam aktiviti lain seperti bercerita, bersajak dan berpantun. Di peringkat kawasan, Alhamdulillah, beliau telah mencipta banyak kejayaan. Menginjak ke sekolah menengah, beliau menyepikan diri seketika lalu bangkit dengan pelancaran novel pertamanya ketika di Tingkatan Dua di SMK Seri Tanjong pada 23 Februari 2009. Pada tahun yang sama, beliau mula berjinak-jinak dalam sukan petanque pula.


